Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Zahid Hamidi Jamin Tidak Akan Ada Tindakan Ke Atas Pegawai SPRM Disiasat Polis Sebelum Ini

7 Ogo 2015
No Comment


KUALA LUMPUR: Pihak Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa tiada sebarang tindakan susulan dikenakan kepada seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diambil keterangan berhubung kebocoran kertas draf pertuduhan ke atas SRC International.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negari, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid berkata, polis hanya mengambil keterangan dan jika ada penahanan dilakukan, ia hanya membabitkan prosedur operasi standard (SOP) siasatan polis.

"Siasatan mengenai perkara tersebut bukan hanya tertumpu kepada SPRM sahaja bahkan ia mungkin juga membabitkan pelbagai agensi lain."

“Kita tidak mahu sebarang hasil penyiasatan (dibocorkan) sebelum ada kesimpulan,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Menteri Luar Bangladesh, Abul Hassan Mahmood Ali.

“Segala-galanya telah dilakukan secara tertib mengikut SOP. Polis tidak pula menyasarkan mana-mana agensi atau pegawai secara khusus,” tegas Ahmad Zahid.

Bukit Aman sebelum ini menafikan mereka hanya menyasarkan SPRM dan penglibatan ‘tangan ghaib’ dalam siasatan pihak polis terhadap kes kebocoran maklumat oleh pegawai suruhanjaya tersebut.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, beliuu berkata fokus pihak PDRM kini adalah melibatkan segala kaitan dakwaan kebocoran maklumat yang melanggar satu seksyen mengikut Akta Institusi Kewangan dan Perbankan (BAFIA).

“SPRM boleh dan akan meneruskan siasatan mereka. Kami tidak ganggu siasatan yang mereka jalankan,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "