Wanita Maut Diseret Keretapi Selepas Gagal Menyeberangi Landasan
KULAIJAYA: Mengerikan! Seorang wanita maut selepas dilanggar dan diheret keretapi di landasan keretapi Stesen Keretapi Kulai, jam 10.45 pagi tadi.
Mangsa, Jimalah Othman sebelum ini dipercayai cuba menyeberangi landasan berkenaan namun gagal.
Memetik The Rakyat Post, badan mangsa ditemui melekat di bahagian hadapan lokomotif keretapi.
“Mangsa dilanggar keretapi ketika dia cuba menyeberangi landasan dan diheret di bawah keretapi.
“Mangsa meninggal dunia serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan pada kepala dan badan. Mayatnya dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini untuk bedah siasat,” demikian menurut Ketua Polis Kulaijaya, Superitendan Razak Md Said. -Siakapkeli.my