VIDEO: Pasangan Pengantin Ajak Tetamu Menari Spontan Untuk Video Perkahwinan Mereka
Setiap pasangan pengantin semestinya mahu mengabadikan momen-momen terindah yang mahu diingati sampai bila-bila.
Inilah yang cuba dilakukan oleh pasangan pengantin dari Florida, Amerika Syarikat ini apabila secara spontan mengajak kesemua 250 tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan mereka untuk sama-sama menari dalam video klip perkahwinan mereka.
Bukan itu sahaja, pasangan ini dan tetamu-tetamu yang hadir berjaya merakam video berkenaan dengan hanya satu kali 'take' sahaja. Hebat!
Pastinya ia kenangan yang amat manis buat Robert Ly dan Teresa Chan. -Siakapkeli.my