Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mereka Cuba Bunuh Saya, Reaksi Usain Bolt Selepas Dilanggar Dengan Kenderaan Dua Roda

28 Ogo 2015
No Comment

"Mereka cuba untuk membunuh saya!" itulah kata-kata sinis pelari pecut terpantas dunia kepada wartawan selepas dia secara tidak sengaja telah dilanggar oleh oleh seorang jurukamera yang menggunakan kenderaan dua roda.

Semasa kejadian Usain Bolt baru sahaja berjaya menewaskan musuh ketatnya Justin Gatlin untuk emas buat kali kedua dalam tempoh empat hari dalam acara 200 meter akhir di Beijing dan semasa meraikan kemenangannya itu secara tiba-tiba seorang jurukamera yang sedang merakam gelagatnya hilang kawalan dan melanggarnya.



Dia yang dihampiri wartawan untuk bercakap tentang kejadian itu secara berseloroh mengatakan pelari Amerika yang berada dibelakangnya itu cuba menghentikan penguasaannya dalam acara lari pecut dunia.

"Mereka cuba untuk membunuh saya!, saya tidak tahu apa yang sedang berlaku. Ia adalah seperti mahu saya berhenti berlari kerana terlalu banyak memenangi anugerah." 

"Saya rasa seperti Justin Gatlin mempunyai rancangan untuk menjatuhkan saya," kata Bolt sambil ketaawa.

Semasa kejadian dia sedang melambai-lambai kepada orang ramai dan kemudia terasa kakinya dilanggar sesuatu membuatkan dia jatuh, bagaimanapun hasil pemeriksaan pegawai perubatan hanya terdaapt sedikit luka calar dan tiada sebarang kecederaan besar berlaku kepada lelaki paling pantas di dunia itu. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "