Nampaknya semakin hari semakin ramai nampaknya akar umbi UMNO berani mempertikai dan mengkritik kepimpinan Presiden mereka sekarang, Dato Seri najib Tun Razak.
Terbaru menjadi viral di laman sosial ucapan seorang anggota Wanita UMNO yang percayai dari Langkawi telah meluahkan rasa marahnya kepada kepimpinan Najib.
Berdasarkan video beliau sedang berucap di dalam satu dewan yang dipenuhi beratus-ratus orang ahli UMNO yang lain.
Melalui video itu,Anina Saaduddin, dilihat berucap dengan nada yang tinggi seolah marah dan dia berkata tiga juta anggota Umno kini menjadi mangsa “kencing” Najib.
“Datuk Seri presiden dah kencing tiga juta ahli Umno. Dia kata tiga juta ahli Umno sokong penuh kepimpinan beliau.
“Saya minta MT (Majlis Tertinggi) Umno bawa Datuk Seri Najib pi (pergi) berubat,” katanya.
DS Najib dah kencing 3 juta ahli Umno. Bawak dia pergi berubat...
Posted by Mohd Hanizam Bin Yunus on Saturday, August 8, 2015
Walaupun diliaht seperti marah dan mengkritik pemimpian tetapi beliau menegaskan tetap akan bersama UMNO dan Barisan Nasional.
“Saya sokong Barisan Nasional. Demi Allah saya Umno. Walau apa pun saya pangkah Barisan Nasional.
“Saya mengkritik kerana saya sayangkan Barisan Nasional. Saya sayangkan Umno.”
“Jangan pertikai kesetiaan saya kepada Barisan Nasional kepada Umno tapi kita lihat kepada presiden kita yang sedang kencing kita setiap hari. Setiap hari kencing kita,” katanya. - Siakapkeli.my