Tersebar dilaman sosial semalam sebuah video yang telah disiarkan oleh sebuah rancangan tv swasta, NTV7 yang memeparkan situasi semasa pihak Polis Di Raja Malaysia sedang melakukan sekatan jalanraya.
Video tersebut memaparkan tindakan nekad seorang ibu yang enggan menjamin anaknya yang telah ditahan kerana menunggang motosikal tanpa lesen pada lewat malam.
Kejadian berkenaan sebenarnya berlaku pada tahun 2013 yang menjadi viral kembali menunjukkan seorang remaja berumur 13 tahun telah berjaya ditahan oleh pihak polis trafik Johor.
Ibu remaja berkenaan telah dipanggil oleh pihak polis selepas anaknya itu ditahan, dia yang teleh datang ke tempat kejadian melahirkan rasa kecewa dengan anaknya itu dan menganggap anaknya itu sebagai anak derhaka.
Sambil meluahkan perasaannya wanita itu nekad tidak mahu membayar ikat jamin anaknya itu sebagai satu pengajaran kepadanya.
“Saya dah cakap kat dia malam minggu ni jangan, jangan keluar. Tak tengok kat tv (televisyen)? Dia kata nak bawa motor itu untuk rompak rumah orang. Tak kurang ajar punya anak?
“Makan hati, kenapa ada anak macam ni. Budak sekolah pukul 10 duduk rumah. Baguslah masuk lokap pun tak apa,” kata wanita itu kepada anaknya.
Wanita berkenaan juga memberitahu anaknya itu tidak mendengar cakapnya dan pernah mengugut mahu menumbuk ibunya itu selain mengeluarkan kata-kata kesat seperti “mampuslah ibu, ibu mampus”.
Mungkin itu reaksi seorang ibu yang sudah tidak tahan dengan perangai buruk anaknya yang sering kali menimbulkan masalah dan termasuk masalah dengan ibu sendiri.
Berdasarkan maklumat polis, remaja itu telah cuba mendatangkan kecederaan kepada anggota polis yang menahannya semasa cuba melarikan diri dari sekatan yang dijalankan polis.
Apapun video ini sudah dua tahun berlalu, cuma kita doakan remaja itu kini sudah berubah selepas kejadian ini dan menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan agama. - Siakapkeli.my