Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lan Pet Pet Segan Gambar Tolong Orang Jadi Viral, Risau Orang Kata Menunjuk Cari Publisiti

4 Ogo 2015
No Comment


Semalam seorang peminat telah berjaya merakam gambar seorang pelawak yang dikenali ramai , Lan Pet Pet telah menolong seorang mangsa kemalangan di mana dia sanggup meredah kesesakan jalanraya untuk membantu mangsa.

Gambar tersebut telah menjadi viral dan sebutan ramai di laman sosial di mana rata-rata netizens memuji tindakan Lan berkenaan.

BACA: Tindakan Lan Pet Pet Redah Bahaya Untuk Selamatkan Mangsa Kemalangan Dipuji Orang Ramai

Bagaimanapun Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan bin Ahmad memberitahu dengan penyebaran gamabr itu dia rasa sedikit malu dan segan kerana tidak mahu dianggap orang ramai sebagai menunjuk-nunjuk.


“Saya tidak tahu ada pihak merakam gambar saya ketika saya cuba membantu lelaki berkenaan dan saya hanya mengetahuinya apabila diberitahu oleh isteri. Saya jadi malu kerana tidak mahu disalah anggap cuba menunjuk-nunjuk tetapi gambar itu pun sudah tersebar luas”

“Saya tidak boleh buat apa-apa. Semasa saya lihat dia dilanggar tiada siapa datang membantu dan dia cuba mengesot ke bahagian tepi jalan. Saya tidak sampai hati melihat keadaannya dan terus meluru keluar untuk membantu mengangkatnya sebelum ada pihak lain datang memberi pertolongan,” katanya dipetik portal Rotikaya.

Selain itu Lan memberitahu apa yang dilakukannya itu adalah mengikut pesanan arwah bapa yang sering menginagtkan supaya anak-anak dia menajdi orang yang mampu memberi manfaat kepada orang lain. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "