Sepang – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman menjadi wira apabila beliau dan beberapa individu lain menyelamatkan seorang mangsa yang terperangkap di dalam tandas.
Di dalam klip video yang disiarkan oleh Suara.tv, kejadian tersebut memaparkan seorang gadis yang berusia dalam lingkungan 30-an diselamatkan oleh kumpulan terbabit setelah terperangkap di dalam tanads di Terminal Penerbangan Tambang Murah (KLIA2).
Azalina Othman yang kebetulan berada di tempat kejadian segera membantu untuk mengeluarkan mangsa dari tandas terbabit.
Mengulas kejadian, Azalina berkata pihak pengurusan perlu lebih peka dengan kemudahan yang disediakan oleh penumpang.
“Harap pihak pengurusan lebih peka dalam memeriksa kemudahan dari semasa ke semasa, untuk memastikan keselamatan pengguna.
“Hal ini juga akan menjejaskan imej negara jika tidak ditangani dengan baik kerana lapangan terbang adalah tempat yang paling banyak pelancong berkumpul” katanya memetik laporan Suara.tv