Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Seorang Pekerja Maut Apabila Dimasak Bersama Enam Tan Tuna Dalam Ketukar

14 Ogo 2015
No Comment

CALIFORNIA: Seorang lelaki yang sedang membaiki katuhar gergasi sepanjang 35 kaki untuk memproses tuna dalam tin meninggal dunia dalam keadaan begitu ngeri apabila dia telah dimasak bersama puluhan tan tin tuna di dengan suhu 279 darjah.

Kejadian ini berlaku apabila rakannya tidak menyedari mangsa, Jose Melena, 62, berada di dalam ketuhar besar berkenaan di mana dia telah menghidupkan suis ketuhar kerana menyangka Melena pergi ke tandas.

Bapa kepada enam orang anak ini akhirnya ditemui selepas proses memanaskan tuna berkenaan selesai itu pun selepas melalui proses penyejukan sebelum pintunya dibuka.

Menurut seorang peguam tempatan, Jackie Lecey, ini adalah kes kematian yang paling ngeri pernah dietmuinya sepanjang mengendalikan kes seumpama ini di tempat kerja.

“Saya rasa mana-mana individu, jika mereka terpaksa melalui kematian seumpama itu, akan memilih untuk ditembak atau ditikam berbanding dimasak perlahan-lahan dalam ketuhar.

“Anda memang keras hati jika anda tidak terjejas dengan cara kematian lelaki ini. Ia amat menakutkan,’’ katanya.


Majikan Melena, syarikat Bumble Bee Foods telah diarahkan oleh mahkamah supaya mengeluarkan wang sebanyak USD3 juta untuk menggantikan alat memasak yang dianggap kuno berkenaan kepada ketuhar yang lebih canggih dengan aspek keselamatan yang tinggi supaya pekerja tidak lagi perlu mendaki atau masuk ke dalam alatan memasak itu.

Manakala syarikat berkenaan juga diperintahkan membayar sebanyak USD1.5 juta kepada keluarga Melena sebagai pampasan.

Selain itu, Bumble Bee Foods juga diminta supaya memasang kamera canggih bagi memantau keadaan di dalam ketuhar semasa tuna hendak dimasak bagi mengelakkan kejadian seperti itu berulang lagi. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "