Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Johan Nafi Terima Tekanan Untuk Letak Jawatan Sebagai Pengerusi Media Prima

14 Ogo 2015



KUALA LUMPUR: Selepas mendesak dua pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikembalikan kepada tugas masing-masing, wujud dakwaan pengunduran Tan Sri Johan Jaafar sebagai Pengerusi Media Prima Berhad kerana tekanan oleh sesuatu pihak.

Bagaimanapun beliau menafikan hal itu dengan berkata kontraknya memang berakhir pada 31 Ogos depan.

"Saya mahu menjelaskan bahawa saya tidak menerima apa-apa tekanan untuk meletakkan jawatan," katanya memetik mStar.

Johan juga merupakan Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), sebuah panel bebas di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebelum ini, atas kapasitinya Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), Johan mengkritik beberapa perkara termasuk  ganggunan ke atas SPRM dan pegawainya serta keadaan berhubung arahan pemindahan dua pegawai kanan SPRM ke Putrajaya.

Beliau menuntut Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik, Datuk Rohaizad Yaakob dikembalikan kepada badan tersebut semula selepas keluar arahan untuk mereka berdua dipindahkan ke Jabatan Perdana Menter (JPM).

"Saya akan kekal sebagai pengerusi PPPR dan akan terus bersuara bagi pihaknya secara adil dan tanpa takut atau memihak," katanya. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "