Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Saya Bukan Pengkhianat Parti, Kata Muhyiddin

7 Ogo 2015



PAGOH: Meskipun tidak lagi tersenarai dalam barisan kabinet, Tan Sri Muhyiddin Yassin berikrar tidak akan sesekali mengkhianati Umno.

"Saya tidak pernah buat kesalahan selama 40 tahun dalam Umno, takkan empat lima hari ini saya nak buat kesalahan. Saya berada di dalam parti yang mendukung kerajaan, tak mungkin saya nak jatuhkan parti saya.

"Saya hanya bercakap, dan saya tak pernah melakukan apa-apa kesalahan yang mungkin dilihat menentang parti. Jika ada sila tunjukkan bukti," katanya ketika berucap di Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Pagoh, pagi tadi.

Malah Timbalan Presiden Umno itu juga akur dengan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa pemimpin itu mempunyai hak untuk menggugurkan beliau dalam rombakan kabinetnya kerana tidak bersetuju dengan kelantangan beliau membicarakan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

"Ya, mungkin mereka tidak setuju. Tetapi tidak apalah, sebab dia bos, tetapi saya bukanlah 'Yes Man'. Sebab saya merasakan saya akan gagal dalam tanggungjawab jika saya tidak bercakap benar. Yang tidak suka tidak apa, nak pecat atau gugur pun tidak apa," kata beliau sebagaimana memetik laporan Antarapos.

Malah dalam ucapannya juga, Muhyiddin dilihat cuba menyindir Datuk Seri Azalina Othman Said yang sebelum ini cuba mengkritik beliau atas kelantangannya bersuara.

Namun hal itu sesekali tidak akan dijadikan penghalang baginya berjuang terus untuk parti.

"Ada orang kata saya pengkhianat, yang sedihnya beliau dari Johor juga. Yang waktu saya jadi MB Johor, beliau berhingus lagi.

"Saya tidak akan letak jawatan! Walaupun ada yang usul supaya saya letak jawatan," tegas beliau yang juga merujuk kepada gesaan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Selangor, Datuk Jamal Md Yunos yang sebelum ini mendesak Muhyiddin meletak jawatan sebagai timbalan presiden Umno demi keutuhan parti itu.  -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "