Rizab Antarabangsa Bank Negara Semakin Menyusut
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa rizab antabangsa mereka telah menyusut kepada AS$96.7 bilion sehingga 31 Julai 2015.
Memetik laporan Astro Awani, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, bank pusat berkenaan memberitahu kedudukan rizab itu mencukupi untuk menampung sehingga 7 bulan import tertagguh dan 1.1 kali hutang luar jangka pendek.
Menurut penganalisis, berdasarkan standard dana kewangan antarabangsa, rizab yang sihat perlu mampu menampung import tertangguh melebihi tiga bulan.
Bagaimanapun penyusutan rizab berkenaan tidak boleh melepasi bawah 0.96 kali hutang luar jangka pendek.
Rizab Bank Negara terus jatuh kerana bank pusat itu terus menyokong ringgit di pasaran dengan membeli unit tempatan itu.
Rizab berada pada AS$140 bilion pada suku pertama 2013 sebelum turun kepada AS$100.5 bilion pada 15 Julai. - Siakapkeli.my