Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Program 1 Ayah 2 Ibu : Kami Tidak Terlibat - Kementerian

14 Ogo 2015


KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini menafikan sebarang penglibatan dalam penganjuran program 1 Ayah 2 Ibu yang tersebar di laman sosial hari ini.

Penafian itu dibuat oleh KPWKM dalam satu kenyataan di Twitter rasmi milik kementerian itu.

Dalam kenyataan terbabit, kementerian tersebut menyatakan kekesalan dengan tidakan pihak yang tidak menggunakan nama, logo serta laman web kementerian di dalam poster itu.


Selain itu, satu laporan polis dan aduan kepada SKMM telah pun dibuat bagi siasatan lanjut.

"Susulan daripada itu, kementerian telah membuat laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini bagi siasatan lanjut," tambah kenyataan tersebut.


Poster program terbabit yang viral di media sosial memaklumkan program itu akan dibuat pada thaun depan dan pendaftaran sudah pun dibuka kepada umum. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "