Saingan Liga Super dan Liga Perdana baru sahaja melabuhkan tirainya di mana kelan Johor Darul Takzim dan Kedah FA telah dinobatkan sebagai juara Liga Super dan Juara Liga Perdana musim ini.
Disebalik kejayaan kedua-dua pasukan yang menjadi kebanggaan peminat masing-masing ini telah menajdi viral di laman sosial tentang kualiti pingat atau medal yang disediakan oleh pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada kedua-dua pasukan juara ini.
Mana tidaknya kalau dilihat daripada pingat yang diberikan ternyata ia bukanlah sesuai dengan taraf liga paling berprestij di Malaysia tersebut.
Apa yang lebih menggelikan hati ada peminat yang menyifatkan pingat berkenaan sama taraf dengan pingat untuk budak sekolah tadika Kemas menang pertandingan lari dalam guni.
Ramai peminat berbual tentang ini di mana ia seolah tidak diberikan perhatian oleh pihak FAM di mana mereka menyifatkan liga berjuta-juta tapi bajet untuk buat pingat 'ciput'. - Siakapkeli.my
Medal JOHAN Liga Super/Premier Msia vs medal FINISHER event cycling. Finisher bukan Johan okay! :)
#betterthanFAM pic.twitter.com/MtiFKGRAlj
— Nazrin Zaki (@yenbravo91) August 24, 2015
Medal juara Liga Super dah serupa medal Tabika KEMAS acara lari dalam guni.
— Mamalia / Joni (@_joni_joni_joni) August 23, 2015
Bad luck JDT:
Menang Liga Super Malaysia, medal buruk nak mampus. #BetterThanFAM #NaikkanGajiSaya
— Pablo Dollah (@DeludedDollah) August 23, 2015
medal liga super 😂 lawanyoo pic.twitter.com/GlaQNkKkgv
— ¿¡ ♣ MHR ♣ ¡¿ (@JudynRosli) August 23, 2015
Medal Juara Liga Perdana dan Super Malaysia. Sama kualiti.. Konsep "Smart Reader Kids".. Cantiknya 😀😜 @FAM_Malaysia pic.twitter.com/cMqjlh0HBo
— y a n s (@yans18) August 23, 2015