Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kisah Lelaki 'Belah' Gunung Untuk Pendekkan Perjalanan Ke Hospital Tarik Minat Bollywood

25 Ogo 2015
No Comment


NEW DELHI: Tindakan mulia seorang lelaki yang tidak berputus asa memahat lereng sebuah gunung selama 22 tahun untuk memendekkan perjalanan ke hospital telah menarik perhatian pihak Bollywood.

Pihak Bollywood dikatakan akan mengadaptasi kisah Dashrath Manjhi selepas lelaki berkenaan tidak mahu orang kampungnya menerima nasib sepertinya kerana beliau telah kehilangan isteri, Falguni pada tahun 1959 akibat gagal mendapatkan bantuan perubatan berikutan jarak hospital yang jauh.




Jika bukit berkenaan tidak dibelah jaraknya ialah 54.7 kilometer dan dengan hasil usaha Dashrath ini jaraknya telah berjaya dipendekkan menjadi 15 kilometer.

“Kisah Dashrath sangat indah dan menyentuh hati.

“Dia menjadikan tiada yang mustahil untuk dilakukan dan segala usahanya telah membantu ribuan orang,” kata aktor, Nawazuddin Siqqiduim yang membawakan watak Dashrath.

Watak Dashrath yang dilakonkan semula oleh Nawazuddin Siqqiduim

Beliau dikatakan hanya bekerja sendirian dari pagi hingga malam untuk meratakan lereng bukit berkenaan dengan hanya menggunakan tukul dan pahat dan berjaya menamatkan kerjanya itu pada 1982.


Dia meninggal dunia pada 2007 kerana kanser dan diberi penghormatan oleh kerajaan dengan istiadat pengkebumian negeri di Bihar. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "