Bersih 4.0 : Senjata Renjat Tidak Akan Digunakan - PDRM
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata PDRM tidak akan menggunakan senjata renjat semasa Bersih 4.0 yang dijadualkan akan berlangsung pada hujung minggu ini.
Tambahnya lagi, penggunaan senjata renjat yang diumumkan semalam adalah perancangan PDRM pada masa hadapan.
"Bukan untuk ini (BERSIH), sebab senjata renjat itu melumpuhkan sementara siapa yang ditembak.
"Ia terbukti melalui kajian saintifik dan praktikal dapat melemahkan sesiapa juga perusuh atau penjenayah.
"Di masa hadapan, kita akan lebih banyak menggunakan senjata jenis ini," katanya memetik laporan Astro Awani. - Siakapkeli.my