Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Perkhidmatan Pembekal Internet Pertama Di Malaysia, Jaring Telah Dibubarkan

22 Ogo 2015
One Comment


Pembekal Internet pertama di Malaysia, Jaring Communications Sdn Bhd kini dilaporkan telah dibubarkan selepas menerima arahan mahkamah pada Khamis 23 April 2015 lepas.

Nampaknya berita berkenaan telah disambut sedih dan mungkin sedikit terdapat kegembiraan kepada Dr Mohamad Awang Lah yang merupakan tokoh yang memainkan peranan penting di dalam Jaring sebelum ini.

Beliau yang merupakan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Jaring telah membuat luahan di dalam facebook miliknya menyatakan rasa sedih kerana entiti yang dibantunya untuk dibina pada 1986 di bawah nama RangKoM, yang kemudiannya dilancarkan dengan nama Jaring pada 1992, dibiarkan merosot kepada keadaannya kini.


Jaring juga merupakan subsidiari Mimos dan kemudiannya diambil alih oleh Kementerian Kewangan pda 2007.

“Saya tidak ada kaitan dengan syarikat ini lagi setelah bersara pada tahun 2010. Namun, bagi saya peristiwa ini menyedihkan dan juga menggembirakan.

“Sedih kerana entiti yang memperkenalkan perkhidmatan Internet di Malaysia dibiarkan sedemikian rupa. Gembira kerana satu pihak yang lebih bertanggungjawab diberi kepercayaan untuk menguruskannya buat sementara.

“Saya harap ia boleh dipulihkan segera,” katanya.

Selepas bersara, jawatan Mohamed diambil alih oleh Nik Abdul Aziz Nik Yaacob sebagai CEO baharu bermula 1 Mac, 2011.


Memetik laporan The Malaysian Insider pada Ogos tahun lalu Jaring dilaporkan diambil alih Utusan Printcorp dengan harga lebih RM100 juta.

Namun beberapa bula kemudian lebih 70 pekerja Utusan Printcorp mengadakan protes menuntut gaji mereka yang tidak berbayar selama 3 bulan.

Pekerja Jaring juga antara mereka yang dilaporkan tertunggak caruman KWSP mereka sejak Ogos 2014. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "