Ibu Buat Laporan Polis Selepas Anak Dirotan Guru Kerana Gagal Jawab Soalan Metematik
JEMPOL: Seorang ibu semalam dikatakan telah membuat satu laporan polis kerana tidak berpuasa hati selepas anaknya telah dirotan oleh seorang guru sehingga lebam dan berbirat kerana gagal menjawab soalan matematik di sekolah.
Berdasarkan ceritanya, guru berkenaan yang berusia 20-an itu berang kerana anaknya itu gagal menjawab soalan berkenaan sebelum bertindak merotan di hadapan murid lain.
Selepas anaknya pulang beliau mendapati terdapat kesan berbirat dan lebam di tangan dan belakang badan anaknya membuatkan beliau terus membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Seri Jempol. - Siakapkeli.my