Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Peminat Labelkan Trailer Filem 'Goodnight Mommy' Sebagai Trailer Filem Paling Seram

15 Ogo 2015
No Comment


Banyak perbualan penggemar filem seram sejak kebelakangan ini telah terarah kepada sebuah filem terbaru yang bertajuk Goodnight Mommy.

Dari mula pelancaran trailer filem dari Austria ini dua minggu lalu, ia terus mendapat perhatian peminat filem seram di media sosial. Kebanyakkan mereka telah mengklasifikasikan trailer itu sebagai paling seram yang pernah mereka saksikan.

Berdasarkan komen yang dimuatnaik oleh mereka rata-rata memuji trailer berkenaan yang dianggap seram di mana ia menarik perhatian ramai orang tidak sabar untuk menontonnya di pawagam nanti.


Filem yang berdurasi 1 jam 40 minit yang dilakonkan oleh dua beradik kembar Lucas dan Elias bersama atress Susanne Wuest mengisahkan dua beradik ini mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan ibu mereka selepas menjalani pembedahan wajah.


Ibu mereka dilihat sering melakukan perkara-perkara pelik dan juga cuba menjauhkan diri daripada mereka membuatkan dua beradik kembar ini rasa tidak dipedulikan. Mereka cuba menyiasat apa yang terjadi dengan ibu mereka berkenaan dan keadaan bertamabah pelik apabila mereka menemui gamabr ibu mereka bersama dengan seorang wanita lain yang seiras wajah.

Filem berkenaan dijangkan akan mula ditayangkan di Amerika Syarikat pada 11 September ini. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "