KUALA LUMPUR - Cadangan bagi mewujudkan 'Lowyat 2' di bangunan Mara dijangka akan siap dalam tempoh 3 bulan bermula sekarang.
Menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada peringkat awal, pusat itu membuka ruang niaga sebanyak 30 tempat bagi usahawan tempatan.
Beliau menyatakan perkara itu ketika merasmikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang RISDA di sini hari ini. - Siakapkeli.my