Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

E-Ciggarate Patut Diperkenalkan kepada Perokok - Pakar

20 Ogo 2015
No Comment

LONDON – Rokok elektronik patut diperkenalkan kepada perokok bagi membantu mereka menghentikan tabiat buruk itu, kata pakar-pakar kesihatan awam Britain.

Mereka berkata demikian berdasarkan satu kajian yang mendapati rokok elektronik 95 peratus kurang berbahaya dari rokok konvensional.

Kajian tersebut dijalankan oleh pihak berkuasa Kesihatan Awam England (PHE).

Menurut Profesor Ann McNeill dari King's College London, rokok elektronik itu dapat mensimulasikan perasaan merokok tetapi tanpa kandungan nikotin yang membahayakan kesihatan perokok.

Di England, 1/5 dari rakyatnya merokok dan lebih 80,000 kematian berpunca dari rokok direkodkan dalam setahun.

Merokok masih menjadi pembunuh nombor satu di England dan perkara terbaik yang boleh dilakukan perokok ialah berhenti terus,” kata Pengarah Kesihatan dan Ke­sejahteraan Hidup PHE, Profesor Kevin Fenton memetik laporan dari Kosmo!.

Kajian mendapati penggunaan e-rokok melupuskan hampir semua risiko kesihatan yang dikaitkan dengan rokok konvensional,” menurut Profesor Peter Hajek dari Universiti Queen Mary yang turut terlibat dalam kajian itu - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "