Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kehadiran Tun M Dalam Perhimpunan Agung UMNO Sudah Tidak Dialukan - MT UMNO

30 Ogo 2015
No Comment

KUALA LUMPUR: Tindakan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke himpunan BERSIH 4.0 semalam menyebabkan beliau tidak lagi akan dijemput untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada hujung tahun ini.

Memetik laporan Astro Awani, perkara ini ditegaskan  oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman di mana beliau menyifatkan dengan kehadiran Tun M dalam PAU nanti akan mengundang persepsi negatif di kalangan ahli parti.

"Elok beliau tidak perlu hadir ke perhimpunan itu nanti. Kehadiran beliau nanti dikhuatiri memberi persepsi negatif dalam kalangan ahli parti.

"Perjuangan sudah berbeza dan beliau sanggup bersekongkol dengan pembangkang," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini.

Pada Sabtu, Tun Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mengejutkan ramai pihak apabila mereka telah hadir menyatakan sokongan kepada perhimpunan Bersih 4.0 di Dataran Merdeka.

Ternyata kehadiran mantan Perdana Menteri itu mendapat sambutan yang baik daripada perserta Bersih 4.0 dan kebanyakan mereka tidak melepaskan peluang bergamabr dengan pemimpin berkenaan.

Selain itu Tajuddin turut ditanya apakah UMNO akan melucutkan keahlian Tun M atau mengharamkan terus kehadiran Dr Mahathir dalam mana-mana program anjuran parti.

"Tidaklah perlu sampai hendak mengharamkan beliau. Ini bukan kerja kita... mengharam atau menghalalkan seseorang." katanya.

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dijangka akan diadakan pada 9 September depan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "