Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Polis Thailand Umum Secara Langsung Berjaya Tangkap Suspek Pengebom

30 Ogo 2015
No Comment


BANGKOK: Pihak polis Thailand semalam telah telah mendedahkan kepada media bahawa seorang warga asing berusia 28 tahun yang disyaki terbabit dalam pengeboman di daerah komersial Ratchaprasong di sini, 17 Ogos lepas telah berjaya ditahan.

Memetik laporan Bernama, pengumuman penangkapan suspek pengembom berkenaan telah diumumkan menerusi siaran secara lansung menerusi televisyen oleh jurucakap polis, Lt.Jen Prawuth Thavornsiri.

Thavornsiri berkata suspek ebrkenaan telah berjaya ditahan di sebuah apartmen empat tingkat di Soi Chueam Samphan 11, daerah Nong Chok di sini, pada kira-kira jam 2 petang.

Berdasarkan siasatan awal pihak polis, lelaki berkenaan dikaitkan dengan dengan dua serangan bom berdekatan Kuil Erawan di persimpangan Ratchaprasong di pusat ibu negara dan dekat jeti Sathorn di Sungai Chao Phraya.

Bagaimanapun pihak polis tidak mendedahkan kewarganegaraan lelaki yang ditahan berkenaan.

Pihak polis juga mendedahkan dengan penahanan suspek mereka berjaya merampas beberapa bahan bukti di dalam bilik sewanya seperti bahan untuk membuat bom dan beberapa keping pasport antarabangsa.

Semasa sidang berkenaan ada wartawan secara tiba-tiba bertanya adakah suspek berkenaan ditahan hanyalah merupakan kambing hitam untuk menutup kes.

Somyot dengan nada marah dan menyoal wartawan lelaki itu sama ada beliau seorang warga Thailand.

“Soalan anda benar-benar tidak membina…pergi dari sini. Saya boleh beritahu anda bahawa saya tidak kisah tentang anda. Orang di sini begitu bersemangat ketika ini (atas penahanan suspek) tetapi anda menyoal sama ada kami menahan kambing hitam!,” katanya.

Beliau memberithau lelaki berkenaan bukanlah pengganas tetapi sebagai cara membalas dendam disebabkan marah terhadap sesuatu yang berlaku kepada kawan-kawannya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "