Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ahli Umno Kota Belud Turut Turun Padang Sertai Bersih 4.0

29 Ogo 2015

KUALA LUMPUR: Seorang ahli UMNO, Amsor Tuah, sanggup bergadai masa & wang untuk terbang dari Sabah ke Kuala Lumpur semata-mata untuk menyertai perhimpunan Bersih 4.0.

Amsor Tuah yang juga bekas calon Ketua UMNO Bahagian Kota Belud pada 2013 tiba di Kuala Lumpur pada jam 11 malam Jumaat.

Menurut Amsor, tujuan beliau menyertai perhimpunan tersebut kerana tidak berpuas hati dengan kempimpinan tertinggi Barisan Nasional di negeri itu (Sabah).

"Saya bukan datang untuk mendesak perdana menteri untuk letak jawatan. Saya datang mewakili suara rakyat Sabah yang sehingga hari ini masih terpinggir dengan arus permodenan.

"Perdana menteri kata berbilion dana disalurkan untuk memberi manfaat kepada rakyat tapi penduduk di kampung tak dapat apa-apa. Masih ada lagi kampung yang tiada bekalan air bersih. Jadi ke mana dana berbilion ringgit itu," katanya memetik laporan dari mStar Online.

Amsor yang juga salah seorang dari tenaga pengajar di Akademi Bina Malaysia (Wilayah Sabah) CIDB Inanam berkata dia tidak takut jika keahliannya ditarik kerana menyertai perhimpunan tersebut.

"Saya tak takut (kena pecat), saya mewakili suara rakyat. Biar mereka tengok kad keahlian saya. Saya tak tipu, saya ahli Umno yang sah," kata Amsor sambil memapar kad keahlian UMNO miliknya.- Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "