Kapal Arkim Harmoni yang hilang sebelum ini namun berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa. |
KUALA LUMPUR: Sebuah lagi kapal tangki, MT Jaoquim dipercayai hilang di perairan Selangor pada awal pagi ahad, memetik sumber Astro Awani.
Setakat ini Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) tidak mendedahkan sebarang maklumat lanjut mengenai kejadian dan akan mengadakan sidang media pada 11 pagi ini.
Sebelum ini, kapal MT Orkim Harmony dirompak oleh sekumpulan lanun ketika dalam perjalanan dari Melak menuju ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.
Namun kapal yang membawa petrol bernilai RM21 juta itu berjaya diselamatkan dan lapan suspek ditahan pihak berkuasa berhampiran Pulau Tho Chu. - Siakapkeli.my.