Kanak-Kanak Perempuan Jatuh Eskalator Di Parkson KB, Patah Kaki Kanan
KOTA BARU: Lagi kes kemalangan melibatkan kanak-kanak di pasar raya yang mana seorang kanak-kanak perempuan telah jatuh dari eskalator di pusat beli-belah Parkson di Kota Bharu, Kelantan.
Kemalangan tersebut telah mengakibatkan kaki kanan kanak-kanak tersebut patah.
Menurut penyelia pengawal keselamatan Kota Bharu Trade Centre, pada jam kira-kira 1.10 tengah hari tadi di terdengar jeritan pengunjung di pusat beli-belah tersebut lalu bergegas ke tempat kejadian di atas G.
Tibanya dia di situ melihat seorang kanak-kanak perempuan yang berusia dalam 3 tahun sedang berbaring di atas lantai setelah terjatuh dari aras 1.
Tambahnya lagi, menerusi pemeriksaan rakaman litar tertutup (CCTV) telah mendapati bahawa kanak-kanak tersebut telah menaiki tangga eskalator menerusi bahagian luar dan berpaut pada pemegang tangga tersebut tanpa diawasi oleh sesiapa.
Kanak-kanak malang itu lalu terjatuh setelah tanggannya terlepas dari pemegang tangga itu.
Kanak-kanak tersebut bagaimanapun telah dibawa dengan ambulans ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan lanjut.
Ini boleh dikatakan kemalangan kedua melibatkan eskalator yang mana terdahulunya telah berlaku yang mana seorang kanak-kanak juga menaiki eskalator melalui bahagian luar. Selain itu baru-baru ini kita juga dikejutkan dengan peristiwa eskalator yang menelan seorang wanita kerana kerosakan teknikal. — Siakapkeli.my