foto : FMT |
Pelajar sebuah institusi pengajian tinggi yang berumur 22 tahun itu yang tidak mahu namanya disiarkan tampil secara sukarela pada sidang akhbar untuk menerangkan perbuatannya memuat naik gambar berkenaan.
"Saya mohon maaf...sebenarnya tiada niat pun untuk saya memburukkan mana-mana pihak kerana status Facebook itu dibuat sewaktu saya emosi, dan saya tahu tindakan itu adalah tindakan bodoh kerana saya tidak fikir panjang akan kesannya.
"Sebenarnya pihak MBI tidak bersalah dalam hal ini, mereka hanya menjalankan tugas," katanya memetik laporan dari Bernama.
Menurut pelajar terbabit, tujuanya memuat naik gambar itu ke media sosial adalah kerana bersimpati dan sedih dengan nasib peniaga tersebut.
Pengerusi Lembaga Pelawat HRPB Datuk Omar Ahmad berkata, beliau telah meminta MBI mengambil tindakan terhadap peniaga yang berniaga tanpa lesen di sekitar kawasan terbabit.
"Kita telah bayar kantin kita RM14,000 sebulan, kenapa ada orang datang berniaga di sini dengan percuma dan mengganggu lalu lintas," katanya.
Sementara itu, Setiausaha MBI Mohd Zakuan Zakaria berkata bantuan akan diberikan oleh pihaknya kepada penjaja berkenaan berkenaan.
"Kalau dia datang minta bantuan...mungkin kita akan berjumpa dengan beliau dan menawarkan apa yang boleh kita bantu," katanya. - Siakapkeli.my