Foto : Bernama |
Tambah beliau, perkara itu bukannya cerita rekaan malah maklumatnya diterima dari agensi risikan dan sumber yang sahih.
"Saya perolehi dengan tepat dan tidak menambah atau berkurang faktanya. Konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan ini akan berlaku jika tidak disekat.
"Kita kena sekat daripada awal dan tidak rela dijatuhkan pembangkang dengan cara ini," katanya memetik laporan Astro Awani.
Ahmad Zahid juga menambah laporan risikan tersebut diperiksa berulang kali sebelum ia disahkan benar.
"Kemudian laporan itu (risikan mengenai konspirasi) barulah diserahkan kepada saya.
"Menerusi risikan itu mendapati pihak pembangkang mahu menubuhkan 'unity government' atau kerajaan bersatu yang membabitkan 88 anggota Parlimen pembangkang dan mahu menarik 40 anggota Parlimen daripada Barisan Nasional (BN)," katanya.
Mengulas tentang tindakan pihak yang menuduhnya hanya mereka cerita berkenaan apabila dalang yang dikatakan oleh beliau akan hadir bertemu Perdana Menteri tidak kunjung tiba, Zahid Hamidi berkata individu itu tidak datang kerana tidak mahu identitinya didedahkan.
"Saya tahu mengenai perkara itu dalam satu mesyuarat. Dia (pemimpin berkenaan) tidak datang kerana tidak mahu gambarnya disiarkan (didedahkan identiti)," katanya. - Siakapkeli.my