Apa yang membuatkan seseorang itu bijak?
Saintis telah melakukan pelbagai kajian untuk menjawab soalan itu berdekad-dekad lamanya. Dan hasilnya mereka mendapati beberapa faktor penyebab macam mana seseorang itu lebih bijak dari orang biasa.
Di sini kami tampilkan beberapa hasil dari ujian yang dilakukan oleh para saintis dan pengkaji antara kebijaksanaan apa yang menyebabkan seseorang itu bijak.
1 - Anda tidak merokok
Satu kajian yang dijalankan oleh Israel pada 2010 membandingkan antara IQ 20,000 lelaki dewasa yang merokok dan tidak merokok. Hasil dari kajian itu mendapati(secara purata)
- Peserta yang berusia dari 18-21 tahun yang merokok mempunyai tahap IQ sebanyak 94 dan mereka yang tidak merokok mempunyai IQ sebanayak 101.
- Peserta yang merokok melebihi satu bungkus sehari mempunyai purata IQ sebanyak 90.
- Dalam ujian keatas pasangan kembar, mereka yang tidak merokok lebih bijak dari kembarnya yang merokok.
2 - Anda mengambil kelas muzik
Kajian mengatakan muzik dapat membantu kanak-kanak mengembangkan otak mereka.
- Satu kajian pada 2011 mendapati kebolehan bercakap kanak-kanak berumur dari 4-6 tahun meningkat setelah mengambil kelas muzik selama sebulan.
- Satu kajian pada 2004 menyatakan kanak-kanak 6 tahun yang mengambil kelas piano selama 9 bulan mempunyai daya IQ yang lebih tinggi dari kanak-kanak yang mengambil kelas drama atau tidak mengambil apa-apa kelas.
3 - Anda anak sulung
Anak sulung biasanya lebih bijak, tapi bukan disebabkan genetik.
Menurut laporan dari The New York Times, satu kajian pada tahun 2007 mendapati anak sulung mempunyai daya IQ 3 mata lebih berbanding adiknya yang terdekat.
Namun, perkara itu bukan disebabkan faktor biologi tetapi disebabkan peranan psikologi yang diberikan oleh ibu bapanya.
4 - Anda seorang yang kurus
Satu kajian dari Perancis pada 2006 memberikan ujian kebijaksanaan kepada 2,200 orang dewasa dalam tempoh lima tahun. Hasil dari kajian itu mendapati lebih besar saiz pinggang seseorang, lebih berkurang keupayaan kognitifnya.
Kajian itu mendapati mereka yang mempunyai index BMI 20 dan kebawah boleh mengingat semula 56% perkataan dari ujian kosa kata manakala mereka dengan index BMI 30 dan lebih boleh mengingat hanya 44% perkataan.
Lima tahun kemudian, mereka dipanggil semua untuk ujian kognitif. Mereka yang obesiti hanya boleh mengingati 37.5% dan mereka yang sihat masih lagi boleh mengingati 56% dari perkataan.
5 - Anda diberi minum susu ibu ketika kecil
Dalam dua kajian yang dilakukan keatas 3,000 bayi yang masih menyusu di New Zealand dan Brazil, bayi yang meminum susu ibu didapati lebih bijak; dalam kuantiti 7 mata IQ lebih; berbanding dengan kanak-kanak yang menyusu botol. Kesemua bayi yang diuji itu mempunyai genetik yang dipanggil FADS2.
6 - Anda menggunakan dadah 'rekreasi'
Kajian pada tahun 2012 megambil 6,000 kanak-kanak British yang lahir pada 1958 mendapati terdapat kaitan antara ketinggian IQ pada masa kanak-kanak dan penggunaan dadah ketika dewasa.
Kajian itu mendapati kanak-kanak yang berusia 11 tahun yang mempunyai IQ tinggi mungkin akan menggunakan beberapa jenis dadah 31 tahun kemudian.
Kajian itu menyimpulkan IQ yang tinggi dizaman kanak-kanak mungkin boleh membawa kepada perlakuan negatif dan membahayakan kesihatan (alkohol, dadah & etc) pada usia dewasa.
7 - Anda seorang kidal
Dalam satu laporan pada tahun 1995, wartawan New York, Maria Konnikova menulis lelaki kidal mempunyai cara pemikiran yang berbeza dari orang yang sebaliknya.
Mereka yang kidal dikatakan lebih cekap, seperti contoh menggabungkan dua objek yang sama dengan cara baharu untuk menghasilkan objek ketiga. Contohnya menggunakan tiang dan tin untuk menghasilkan rumah burung. Mereka juga bijak dalam membahagian satu set perkataan kepada seberapa banyak kategori yang mungkin.
Mungkin kerana itu mereka yang kidal lebih menonjol dalam bidang arkitek dan muzik.
8 - Anda seorang yang tinggi
Seperti kidal, ketinggian juga sering dikaitkan dengan ciri orang bijak. Namun kini ada kajian yang dijalankan bagi menyokong spekulasi ini.
Kajian dari Princeton menyebut : "Seawal pada usia 3 tahun - sebelum persekolahan bermula - dan sepanjang zaman kanak-kanak, kanak-kanak yang tinggi berhasil mendapatkan markah yang lebih tinggi dalam ujian kognitif".
- Siakapkeli.my