Penyanyi terkenal tanah air, Hazami, dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) setelah beliau disahkan menghidap penyakit Diverticular Disease (kanser usus).
Abangnya, Azahari Ahmad berkata, Hazami kini terpaksa bergantung kepada darah tambahan yang dimasukkan kedalam badannya.
"Hazami sekarang tidak boleh kawal dirinya membuang air besar dan setiap kali dia terpaksa buang air besar, darah akan keluar. Itu yang kami pakaikan dia lampin.
"Sebelum sampai di hospital pun dia sudah pitam kerana kehilangan banyak darah. Badan dia menjadi lemah ekoran penyakitnya itu," katanya memetik laporan Sinar Harian.
Azahari turut berkata, kamera terpaksa digunakan oleh doktor untuk melihat keadaan usus Hazami. - Siakapkeli.my