Faizal Tahir Kata Lawak Liverpool KJ 'Tak Menjadi'
Nampaknya gurauan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang menyamakan sokongan kepada Liverpool seolah-olah sokongan terhadap PAS mengundang rasa tidak puas hati di kalangan ramai pihak.
Ada yang mengkritik dengan berkata tidak ada keperluan mengaitkan hal sukan dengan politik.
Penyanyi Faizal Tahir misalnya memuatnaik posting di laman Instagramnya dengan menyifatkan kenyataan Khairy sebagai lawak yang tidak menjadi.
Faizal yang merupakan penyokong Liverpool menyatakan rasa hormat terhadap pasukan pilihan menteri itu iaitu Manchester United. -Siakapkeli.my