Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dua Lelaki Maut Selepas Payung Terjun Dinaiki Hilang Kawalan Rempuh Pokok

10 Ogo 2015
No Comment


YAN: Dua orang lelaki dari Kelab Sukan Udara Negeri Perlis maut setelah payung terjun yang dinaiki mereka ketiga melakukan aktiviti paragliding di kawasan Gunung Jerai, Kedah tersangkut di kawasan tebing curam di sini.

Mereka yang menjalankan aktiviti tersebut kira-kira jam 12 tengah hari telah hilang kawalan kerana angin tiba-tiba berubah menyebabkan mereka di bawa angin ke kawasan berbatu sebelum melanggar kawasan pokok di gunung tersebut,

Mangsa Mohd Hazlan Ismail, 32, yang bertugas sebagai Konstabel Sokongan Polis dan Liang Chong Kee, 52, meninggal dunia di tempat kejadian.


Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Nur Hafizah Muhammad Lukman memberitahu mereka telah menerima laporan kira-kira 12.55 tengahhri dan telah sampai ke lokasi 2 petang.

Kedua-dua mereka telah berjaya diturunkan daripada pokok dan mayat dibawa menuruni kawasan cerun gunung berkenaan dan dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Bomba terpaksa menggunakan tali untuk membawa mangsa turun dari tebing curam dianggarkan berketinggian 50 meter.

“Seramai 23 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba Sungai Petani dan Guar Cempedak, di sini terbabit dalam operasi itu,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "