Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ahmad Said Bersumpah Syarikat 1MDB Hampir Pernah Cagar Minyak Terengganu

15 Ogo 2015
No Comment


KEMAMAN: Bekas Menteri Besar Terengganu,Datuk Seri Ahmad Said kali ini sanggup bersumpah mempertahankan dakwaannya sebelum ini yang terdapat sebuah syarikat milik 1MDB pernah cuba mencagarkan hasil gas dan minyak Terengganu.

Memetik laporan Free Malaysian Today, menurutnya perkara ini turut diketahui oleh Sultan Terengganu. Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni almarhum Sultan Mahmud dan Tuanku sedia maklum hal berkenaan.

“Saya bersumpah dengan nama Allah, Terengganu Investment Authority (TIA) mahu menjadikan hasil gas dan minyak Terengganu sebagai cagaran. Saya sedia bersumpah di mana saja bagi mempertahankan kenyataan ini,” katanya ketika berucap Persidangan UMNO Bahagian Kemaman pada Jumaat.

BACA: 1MDB Pernah Hampir Cagarkan Gas Dan Minyak Di Laut Terengganu - Ahmad Said

Ahmad menegaskan dia sanggup mendedahkan segala-galanya berkenaan TIA sebelum ditukar menjadi 1MDB apabila waktu yang sesuai.

Sebelum ini jugak di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ahmad pernah mendedahkan TIA cuba mencagarkan hasil minyak Terengganu tetapi beliau menentangnya.

BACA: Dakwaan Ahmad Said 1MDB Cuba Cagar Gas Dan Minyak Terengganu Adalah Tidak Benar - Ahmad Razif

Bagaimanapun Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman telah tampil menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) cuba menjadikan industri minyak dan gas negeri sebagai cagaran adalah tidak benar sama sekali. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "