Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tokoh UMNO Ketuai Usaha Guling Kerajaan dari 'Pintu Belakang' - Zahid Hamidi

15 Ogo 2015


KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendedahkan ada usaha terancang untuk menggulingkan kerajaan yang diketuai oleh seorang individu yang juga merupakan tokoh UMNO.

Zahid Hamidi berkata gerakan terbabit kini sedang giat mendapatkan akuan bersumpah dari kesemua Ahli parlimen pembangkang dan juga turut menarik ahli parliment BN.

"Apa yang berlaku sekarang sebagai Menteri Dalam Negeri, saya dapat tahu ada usaha untuk gulingkan kerajaan yang sedia ada yang dipilih rakyat secara demokratik.

"Saya dapat cium bau ada usaha dilakukan tokoh tertentu dan didalangi tokoh tertentu untuk dapatkan akuan bersumpah dalam kalangan Ahli Parlimen pembangkang dan cuba menarik Ahli Parlimen BN untuk tumbangkan kerajaan sedia ada melalui pintu belakang.

"Saya nyatakan perkara ini serius kerana saya dapat maklumat sumber yang sangat-sangat boleh dipercayai dan usaha ini sedang berjalan.

"Hairannya ia diketuai seorang pemimpin dari UMNO dan BN, ..satu ketika akan terdedah dengan sendirinya.

"Sebagai Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Naib Presiden, saya tidak akan izinkan perkara ini berlaku," katanya memetik laporan dari Berita Harian Online.

Bagaimanapun, Zahid Hamidi enggan mendedahkan siapa tokoh berkenaan.

Zahid Hamidi berkata peguam di pihak gerakan terbabit sedang menyediakan memorandum tujuk muka surat kertas kuning dan juga akuan bersumpah untuk mengatakan pihaknya mempunyai majoriti. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "