Kehidupan di bandar mungkin 'best' buat yang baru sahaja menjejakkan kaki ke kota. Namun apabila setiap hari berhadapan dengan kereta, bangunan besi, bunyi hon dan jerebu perasaan 'best' tu sedikit demi sedikit akan hilang bertukar menjadi menyampah.
Mungkin sudah tiba masanya anda keluar sekejap dari persekitaran urbanisasi dan menenangkan fikiran di kawasan hijau yang menenangkan. Ini beberapa tempat terbaik untuk anda meluangkan masa dengan alam sekitar.
1 - Gaya Island Resort
- Lokasi : Kota Kinabalu, Sabah
- Rating : 4.5 / 5
- Laman web : www.gayaislandresort.com
Jika anda sukakan kawasan yang dikelilingi dengan pokok tinggi dan pemandangan yang menakjubkan, Gaya Island Resort mesti dikunjungi oleh anda. Selain dari itu, makanan di resort ini juga mendapat komen positif dari pengguna. Jika anda dalam perancangan untuk berbulan madu, resort ini pilihan yang amat tepat sekali.
2 - Club Med Cherating
Apa yang istimewa tentang Club Med Cherating adalah mereka menawarkan perkhidmatan menjaga bayi kepada ibu bapa yang sudah mempunyai anak supaya boleh berehat & menenangkan fikiran di resort ini. Bukan itu saja, masa anak-anak juga akan diisi dengan pelbagai aktiviti yang bakal meninggalkan pengalaman istimewa buat mereka. Resort ini turut menyediakan tempat-tempat beriadah seperti Jungle Walks, Treetop Challenge dan Rock Climbing. Selain itu ia juga terletak berhampiran dengan kawasan pantai yang akan membuatkan anda sentiasa tenang dihembus angin pantai.
- Lokasi : Kuantan, Pahang
- Rating : 4.5 / 5
- Laman Web : www.clubmed.com.my
3 - Bunga Raya Island Resort & Spa
Ingin merasa kehidupan di lereng-lereng bukit? Selamat datang ke Bunga Raya Island Resort & Spa. Spa ini dilengkapi dengan 48 villa yang diberbuat daripada kayu dan diletakkan di lereng-lereng bukit yang rendah supaya anda boleh menikmati keindahan hijau alam semulajadi. Lebih menarik, anda akan mendapat 'view' yang sangat menarik di resort ini kerana ia direka menghadap laut China Selatan.
Ingin merasa kehidupan di lereng-lereng bukit? Selamat datang ke Bunga Raya Island Resort & Spa. Spa ini dilengkapi dengan 48 villa yang diberbuat daripada kayu dan diletakkan di lereng-lereng bukit yang rendah supaya anda boleh menikmati keindahan hijau alam semulajadi. Lebih menarik, anda akan mendapat 'view' yang sangat menarik di resort ini kerana ia direka menghadap laut China Selatan.
- Lokasi : Kota Kinabalu, Sabah
- Rating : 4.5 / 5
- Laman Web : www.bungarayaresort.com
4 - Permai Rainforest Resort
Jika anda merasa ingin mencuba tinggal bersama pokok-pokok yang meninggi di dalam hutan tropika, anda perlu cuba menginap di Permai Rainforest Resort di Sarawak. Selain dari hijau hutan, mata anda juga akan dapat menikmati keindahan warna biru kerana resort ini terletak berdekatan dengan lautan. Antara apa yang menarik di resort ini adalah pengunjung boleh melihat ikan lumba-lumba selain dari melakukan aktiviti riadah yang lain.
- Lokasi : Kuching, Sarawak
- Rating : 4 / 5
- Laman Web : permairainforest.com/
5 - Sepilok Forest Edge Resort
Inginkan lebih dari kehidupan bersama hijau hutan? Jadi anda boleh ke Sepilok Forest kerana ia turut menawarkan pelbagai hidupan liar untuk dilihat. Di Sepilok Forest, anda akan menemui haiwan-haiwan dan tumbuhan yang 'rare' termasuklah Orang Utan dan Burung Enggang.

- Lokasi : Sandakan, Sabah
- Rating : 4 / 5
- Laman Web : www.sepilokforestedgeresort.com
6 - The Dusun
Untuk ke kawasan ini, anda perlu terlebih dahulu melalui jalan yang berliku. Tetapi setelah sampai, anda akan terpukau dengan keindahan kawasan ini sehingga terlupa akan perjalanan yang meletihkan. The Dusun sesuai untuk pengunjung yang mementingkan privasi kerana setiap rumah diletakkan secara berjauhan.
- Lokasi : Seremban, Negeri Sembilan
- Rating : 4.5 / 5
- Laman Web : thedusun.com.my
7 - Mutiara Taman Negara
Resort berasaskan chalet ini akan memberikan anda pengalaman menarik tinggal di dalam rumah berkayu sambil ditemani kehijauan alam. Walaupun berkayu, jangan risau kerana turut menyediakan penghawa dingin. Salah satu tarikan di Muatiara Taman Negara adalah aktiviti Canopy Walk.

- Lokasi : Jerantut, Pahang
- Rating : 3.5 / 5
- Laman Web : www.mutiarahotels.com
8 - Shangri-La's Rasa Sayang Resort & Spa
Ingin melihat keindahan hutan hijau tetapi mahukan keselesaan yang moden? Yup, ini tempat yang patut anda pergi. Shari-La's Rasa Sayang Resort & Spa. Resort ini dicipta dengan sentuhan moden tapi berpandukan alam semula jadi.

- Lokasi : Batu Ferringhi, Penang
- Rating : 4.5 / 5
- Laman Web : www.shangri-la.com
9 - The Banjaran Hotsprings Retreat
Jika anda sukakan gua, The Banjaran Hotsprings Retreat mesti menjadi pilihan anda. Apa yang menjadikan resort ini lain dari yang lain, ianya dibina dikawasan gua supaya pengunjung boleh menimba pengalaman menginap di kawasan bergua.

- Lokasi : Ipoh, Perak
- Rating : 4.5 / 5
- Laman Web : www.thebanjaran.com
10 - Malihom Private Estate
Jika anda inginkan privasi yang lebih, anda boleh berkunjung ke Malihom Private Estate. Perjalanan ke resort ini agak mencabar kerana kedudukannya yang agak dalam. Tapi anda mesti berpuas hati dengan resort ini jika privasi yang anda cari kerana ia hanya menawarkan 8 chalet sahaja untuk disewa dalam satu-satu masa.

- Lokasi : Air Itam, Penang
- Rating : 4.5 / 5
- Laman Web : malihom.com
**Rating diambil dari laman web tripadvisor.com
Terbaik... Malaysia mempunyai tempat menarik untuk kita menghayati keindahan alam.. Jom rancang percutian kita.
BalasPadam