Wanita Dipercayai Alami Tekanan Perasaan Maut Selepas Terjun Dari Tingkat 17
GEORGETOWN: Seorang wanita yang dipercayai mengalami tekanan perasaan ditemui mati selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 17, Blok 348, Gat Lebuh Maccalum pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata mangsa, Rosita Ong Abdullah dijumpai orang ramai dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah akibat cedera teruk di bahagian kepada dan badan.
Wanita berusia 53 tahun ini dilaporkan meninggal dunia di tempar kejadian.
"Berdasarkan maklumat awal daripada anak saudara, mangsa sejak kebelakangan ini mengalami tekanan perasaan dan gangguan fikiran.
"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengikut," katanya.
Siasatan pihak polis di lokasi kejadian turut menemui satu kerusi dan sepasang selipar yang dipercayai milik mangsa. -Siakapkeli.my