Kecekapan seseorang juruterbang adalah amat penting terutama untuk mengendalikan pesawat jika di dalam keadaan kecemasan kerana tangjungjawab seorang juruterbang adalahs angat besar kerana dia membawa beratus-ratus nyawa.
Berkisar di laman sosial tentang sebuah video yang menjadi tontonan ramai di mana memaparkan aksi sebuah pesawat penumpang menbuat pendaratan yang agak 'mengerikan'.
Pesawat berkenaan milik KLM Royal Dutch Airlines itu dirakam sedang melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Schipol, Amsterdam tetapi semasa mendarat pesawat berkenaan telah dibadai angin kencang dengan kelajuan kira-kira 70km sejam.
Berdasarkan video pesawat Boeing 777 itu dilihat terhoyong-hayang kiri dan kanan sebelum berjaya dikawal oleh juruterbang semasa mendarat.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian lima hari lalu itu. - Siakapkeli.my