Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Umno Batalkan Mesyuarat MT Jumaat Ini

29 Jul 2015



KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang sepatutnya diadakan pada Jumaat ini dibatalkan.

Mesyuarat berkenaan dinantikan oleh ramai pihak, termasuk ahli-ahli parti ekoran pengumuman rombakan barisan kabinet terbaru sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam.

Ia juga dianggap penting setelah beberapa nama menteri, termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

"Adalah dimaklumkan mesyuarat MT Umno yang dijadual diadakan pada 31 Julai ini dibatalkan. Saya memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul," demikian memetik surat makluman yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.

Difahamkan mesyuarat tersebut sebelum ini akan membincangkan beberapa perkara termasuk isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "