Tukar Perdana Menteri Sahaja Tidak Akan Dapat Selesaikan Masalah Yang Berlaku
Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berada di dalam penjara mengulas bahawa dengan hanya menukar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja tidak akan dapat menyelesaikan masalah negara yang sedaang dihadapi sekarang.
Usaha menukar Najid yang digerakkan oleh Dr Mahadthir yang sebelum ini adalah mentornya yang tiba-tiba bertukar menjadi mush politik adalah satu perubahan yang sia-sia.
“Menukar Datuk Seri Najib sebagai perdana menteri tidak cukup buat rakyat.
“Kita pernah lalui proses yang sia-sia di mana pimpinan ditukar, tetapi sistem yang korup dan usang masih tidak berubah. Kita tidak perlukan penyelesaian sedikit demi sedikit, tetapi komitmen serius kepada reformasi dan penghapusan rasuah.
“Usaha menukar Datuk Seri Najib yang dikepalai Tun Mahathir, tanpa reformasi sebenar, hanya akan memuaskan kelompok-kelompok kroni mereka; ia tidak akan membawa perubahan sebenar buat rakyat,” katanya dipetik dari Malaysiakini.
Pertutusan tersebut di sampaikan oleh peguam Anwar di mana beliau menyampaikan pesanan Anwar perubahan di dalam institusi utama seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Jabatan Peguam Negara dan pihak polis amat diperlukan.
Agensi-agensi itu selama ini dilihat gagal dalam membendung masalah rasuah dan salah guna kuasa.
Anwar juga menuntut supayan sistem pilihanraya perlu diubah seperti apa yang digesa oleh BERSIH, serta pemansuhan Akta Hasutan serta undang-undang antidemokrasi lain.
“Pada masa yang sama, Akta Hasutan dan pelbagai jenis undang-undang lain yang bersifat kuku besi masih digunakan untuk menutup mulut rakyat.
“Dari sebalik tembok besi ini, saya berasa amat bimbang dan risau buat tanah air kita,” kata Anwar.
Bercakap mengenai siasaan terhadap Najib isu 1MDB beliau berkata itu menjadi sejarah kerana “seorang perdana menteri disiasat atas dakwaan penyelewengan wang”.
“Siasatan ini berlaku pada ketika rakyat menghadapi kenaikan harga barang, GST yang teramat membebankan dan ketidakpastian hala tuju ekonomi negara yang paling teruk sejak krisis kewangan Asia tahun 1997,” katanya.
Najib menafikan dakwaan oleh media antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ) itu. - Siakapkeli.my