Kes Low Yat: Penganggur Mengaku Tidak Bersalah Curi Telefon Pintar
Suspek kes curi telefon pintar yang berjaya ditangkap di Plaza Lowyat pada sabtu lalu telah mengaku tidak bersalah selepas dibacakan pertuduhan terhadapnya di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Jalan Duta, sebentar tadi.
Beliau, Shahrul Anuar Abdul Aziz berusia 22 tahun yang tidak bekerja telah dibenarkan diikat jamin sebanyak RM3000 dengan seorang penjamin oleh Majistret.
Pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret, Nur Aminahtul Mardiah Md Nor dimana beliau telah menetapkan 14 Ogos sebagai tarikh perbicaraan.
Sementara itu 18 orang lagi yang ditahan kerana terbabit dalam rusuhan dan pergaduhan di Plaza Low Yat masih ditahan reman.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya sudah membuka empat kertas siasatan berhubung insiden rusuhan berkenaan.
Kes disiasat mengikut seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan seksyen 148 kanun sama kerana merusuh menggunakan senjata. - Siakapkeli.my