Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tindakan Tegas Kepada Pihak Sebar Isu Perkauman di Media Sosial

18 Jul 2015

KUANTAN - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata tindakan tegas perlu dikenakan kepada pihak yang menyebarkan isu berkaitan perkauman di media sosial bertujuan untik dijadikan pengajarana kepada masyarakat.

Menurut beliau, negara sudah mempunyai pelbagai undang-undang berkaitan isu tersebut namun ia memerlukan tindakan dan penguatkuasaan yang tegas.

"Perkara seumpama ini perlu ditangani dari akar umbi. Jika ia dicetuskan, usah biarkan ia marak menjadi api atau anda perlu melawan api itu kemudian, dan ia akan menjadi sukar.
   
"Kita ada undang-undang tapi sesetengah orang masih tidak menghormatinya.

Perlu ada tindakan tegas, jika cakap (isu perkauman) terus bawa ke mahkamah.

Jadi orang akan serik. (Sekarang) orang tak takut sebab tidak tegas," katanya memetik laporan Bernama.
   
Adnan berkata sedemikian di majlis Rumah Terbuka Menteri Besar Pahang hari ini. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "