Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Teresa Kok Dikiritik Netizens Gara-Gara Samakan Pakaian Harian Dengan Pakaian Ritual

6 Jul 2015
No Comment


Ahli Parlimen Seputeh kali ini tampil lagi dengan kontroversi apabila ahli parlimen DAP itu nampaknya menyindir kod etika pemakaian 'tidak menutup aurat' di premis kerajaan.

Melalui laman Facebooknya Teresa telah mengambil gambar bersama beberapa lelaki Iban yang disifatkannya sepruh bogel dan 'tidak menutup aurat'.

"Pakaian tradisi Iban ini memang akan dilarang masuk pejabat kerajaan dengan kod pakaian Perkhidmatan Kerajaan sekarang."

"Tapi pakaian dan kostum sebegini memang telah menjadi sebahagian daripada budaya yang beraneka-corak di Malaysia. Inilah kostum dan budaya yang harus dipelihara kerana ia telah menjadi ciri dan tarikan pelancongan di Malaysia." - Tulis Teresa di laman Facebook.

BACA: Lagi Isu Etika Pemakaian, Seorang Wanita Pakai Baju Tiada Lengan Dihalang Masuk Bagunan Majlis Bandaraya Ipoh

BACA: Wartawan The Star Dilarang Memasuki MINDEF Kerana Berskirt Pendek

Kerana tulisan tersebut dia menerima pelbagai kritikan daripadan Netizens.

Seorang pengguna Facebook Alwi Adam EzazWealth berkata, "Nampak sangat tak kenal org Sarawak. Org Iban dah tak pakai pakaian macam ni untuk aktiviti seharian. Ini pakaian tradisi. Teresa ingat orang Iban mundur sangat ker? Dah majulah."

Pengguna Facebook Adib Yahya berkata "Kesiannya yb. Dah dah la tu isu dresscode. Apa benda la yang kau nak perjuangkan pasal dresscode. Berpuluh tahun takde masalah. Sekarang ni panas sangat ke?"

Dan pengguna Facebook Fariz Danialz berkata "Teresa Kok Pakaian tradisi dengan pakaian rasmi pon tak tau beza ke? orang iban mana pakai pakaian tradisional masuk pejabat untuk urusan rasmi. stop it la yb, you make yourself look more stupid."

Kalau diliaht dari komen-komen ia bukan sahaja menerima kritikan dari penyokong kerajaan tetapi daripada penyokong Pakatan Rakyat sendiri kerana isu tidak sensetiviti Ahli Parlimen Seputeh ini.

Ramai pengguna Facebook menyamakan pemikiran Teresa dengan seorang menteri yang dikatakan antara paling 'dibenci' rakyat Malaysia. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "