Sebelum ini beredar di laman sosial sebuah video yang menunjukkan seorang penasihat kewangan yang bersiaran secara lansung di TV1 telah menjadi viral dan mendapat kritikan ramai bah kan sehingga mendapat perhatian mufti.
Di dalam video tersebut, Syed Abdul Aziz Al Qubra yang merupakan Pengarah Eksekutif CCT, Creative Trainers (M) Sdn Bhd telah membari cadangan supaya orang ramai tidak pulang ke kampung sebagai salah satu cara menjimatkan duit gaji.
Boleh hadam? ^_^
Posted by Siakap Keli on Friday, July 3, 2015
Untuk menjawab tentang perkara tersebut beliau telah tampil menyatakan ada pihak tidak bertanggungjawab telah memutar belit fakta sebenar menyebabkan netizens jadi salah faham.
“Kalau orang tonton rancangan tersebut dari awal, mereka akan faham apa yang saya cuba sampaikan sebenarnya. Bila mereka potong video program itu dan viralkan, itu yang menyebabkan orang-orang awam marah.
“Tajuk segmen yang diberikan kepada saya adalah ‘Celik Kewangan: Gaji Oh Gaji!’ Saya hanya mengupas tajuk yang diberikan berdasarkan statistik yang diajukan kepada saya. Sebenarnya begini, apa yang saya jelaskan menerusi program tersebut adalah beban yang terpaksa ditanggung oleh sesetengah individu hanya untuk pulang beraya ke kampung,” jelasnya dipetik Sinar Online.
Beliau menegaskan jika mengikut statistik yang ditanya oleh pengacara program tersebut, Tazneem Faizal, jika hampir Aidilfitri 53% wanita kakan membrli barang kemas baru, 23% rakyat Malaysia mahu berkahwin sempena Syawal dan 18% pasangan akan membeli kelengkapan baru seperti perabot dan 8% akan membeli kereta baru sempena perayaan ini.
“Saya hanya menjawab soalan yang diberikan oleh pengacara program. Saya cuma mahu bantu rakyat dari segi perancangan ekonomi. Kalaulah balik kampung itu dirancang dari awal, tidaklah ada masalah buat mereka,” katanya lagi.
Mengenai isu ‘jangan balik kampung jika mahu jimatkan minyak dan tol’ yang menjadi viral tersebut dia mengatakan itu adalah satu salah faham besar.
“Mengikut statistik trend balik kampung sekarang, hampir 53 peratus wanita akan membeli barang kemas hanya kerana tidak mahu ditegur oleh ibu mertua atau saudara-mara kerana memakai barang kemas tahun lepas. Maka dibelanjakan wang itu untuk membeli barang kemas. Sedangkan kita semua perlu beringat, keadaan sekarang sudah cukup mencabar buat semua pihak khusus golongan berekonomi sederhana dan rendah.
“… Sekarang minyak naik, kadar tol pun dikatakan akan meningkat, saya sarankan kita semua supaya beringat, ia mungkin menyusahkan bagi sesetengah individu, Jika balik kampung terasa terbeban dengan terdesak dan rasa dibebankan untuk tunjuk barang kemas baharu atau kereta baharu, saya sarankan lebih baik jangan balik kampung, tol dan minyak pun dapat dijimatkan. Itulah penjelasan sebenar saya,” jelasnya lagi.
Ini keranan menurut beliau, dia tidak menolak peratusan individu yang terpaksa membuat hutang hanya untuk pulang ke kampung.
Rakaman Penuh Rancangan Celik Kewangan: Gaji Oh Gaji
“Kita semua tahu pulang ke kampung memerlukan belanja yang besar. Kalau balik masa tengah tidak ada duit atau gaji belum masuk, itu lebih susah.
“Sekarang ini, setiap hari kira-kira 56 individu di negara ini diisytiharkan muflis. Saya tidak mahu anda salah seorang daripada individu yang diisytiharkan muflis,” ujarnya. - Siakapkeli.my