Gara-gara dihakimi oleh bekas rakan sekelasnya sendiri di mahkamah, seorang lelaki yang ditangkap kerana mencuri telah menangis di dalam mahkamah kerana malu apabila mengetahui siapakah hakim tersebut.
Beliau yang berasal dari Miami, Amerika Syarikat yang dikenali dengan nama Arthur Booth telah ditahan oleh polis kerana mencuri dan gagal memberhentikan kereta apabila diarahkan oleh polis.
Dalam perbicaraan tersebut, Hakim Mindy Glazer yang mengendalikan kes Booth telah bertanya "Adakah awak bersekolah di Nautilus ketika di sekolah menengah?"
Booth nyata terkejut dengan soalan tersebut dan terus menangis sambil menyebut "Oh Tuhan!" beberapa kali.
Glazer kemudiannya berkata, "Saya bersimpati dengan nasib awak. Saya selalu tertanya-tanya apa terjadi kepada awak".
Beliau turut memberitahu bahawa Booth yang dikenalinya dahulu adalah seorang yang sangat baik di mana dia merupakan rakan sepermainan.
Sebelum menamatkan perbicaraan dia telah menasihatkan Booth agar insaf dan menjalani kehidupan seperti biasa dengan mematuhi undang-undang dan tidak mengulangi kesalahan tersebut lagi. - Siakapkeli.my