Mungkin kejadian ini dianggap kelakar oleh sesetengah orang, namun tidak bagi Jacky Alcine yang berasal dari Brooklyn, New York.
Menggunakan aplikasi Google Photos untuk mencari gambar dengan mudah, Jacky bagaimanapun terkejut besar apabila gambar bersama seorang rakan wanitanya dilabel sebagai 'gorila'.
Tidak puas hati dengan label itu, dia kemudiannya menghantar satu twit kepada pihak Google.
“Google Photos... kawan saya bukan gorila.
“Sampel gambar apa yang anda gunakan yang menyebabkan untuk ini terjadi,” demikian memetik pesanannya.
Twit tersebut mendapat respon segera daripada Ketua Arkitek Sosial Google, Yonatan Zunger dan memohon maaf atas kejadian tersebut serta berusaha memperbetulkan kesilapan itu.
“Terima kasih kerana memberitahu kami seawal ini. Ini antara masalah yang anda tidak ingin terjadi.” katanya.
Bagaimanapun ini bukanlah kesilapan pertama yang dilakukan Google Photos dalam melabel objek atau gambar. -Siakapkeli.my