Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Harga RON95 Sepatutnya Dinaikkan Sebanyak 20 Sen Seliter - Khairy

4 Jul 2015
No Comment


SIK: Kerajaan sepatutnya menaikkan harga RON95 sebanyak 20 sen namun kerajaan memutuskan hanya menaikkan minyak sebanyak 10 sen.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata kerajaan terpaksa mengeluarkan sebanyak RM100 juta sebagai subsidi bagi menampun lebihan 10 sen tersebut.

"Harga minyak RON95 sepatutnya naik 20 sen seliter baru-baru ini, tetapi kerajaan hanya menaikkannya sebanyak 10 sen seliter," katanya.

Dengan kenaikan yang dilakukan kerajaan itu, akan memberi pulangan hasil dan penjimatan kepada kerajaan di mana ia akan digunakan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan bagi kemudahan rakyat.

"Konsepnya sama dengan GST di mana kerajaan akan menyalurkan hasil pendapatan cukai itu kepada projek-projek demi kepentingan rakyat." 

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju untuk menyalurkan pendapatan daripada kutipan GST itu untuk usaha-usaha mensejahterakan kehidupan rakyat," katanya lagi.

Negara tidak dapat mengawal kenaikan harga minyak semasa kerana pasaran terbuka yang digunapakai sekarang ditentukan oleh pasaran antarabangsa. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "