Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tahaluf Siyasi PAS-DAP Terbatal Secara Rasmi

11 Jul 2015



KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS semalam meluluskan pembatalan kerjasama politik bersama DAP, yang sebelum ini diikat menerusi konsep tahaluf siyasi.

Setiausahanya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, kata putus itu diambil menerusi mesyuarat sayap parti itu dan akan diserahkan kepada Jawatankuasa PAS Pusat untuk tindakan selanjutnya.

Namun kerjasama PAS-PKR masih diteruskan seperti sedia kala.

"PAS terus istiqamah dengan prinsip Islam sebagai rahmat untuk semua yang menegakkan keadilan dan kesejahteraan untuk semua kaum. 

"Oleh kerana itu, PAS konsisten meneruskan hubungan dengan semua pihak menerusi hubungan tahaluf siasi bersama parti politik dan NGO bukan Islam. 

"Namun Majlis Syura Ulamak kesal dengan tindakan-tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam dan melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat, serta campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS. 

"Oleh itu, Majlis Syura Ulamak memutuskan bahawa hubungan tahaluf siasi dengan DAP terbatal. Dalam masa yang sama, PAS mengekalkan tahaluf siasi bersama PKR," ujarnya melalui satu kenyataan.

Muktamar PAS Kali ke-61 yang berlangsung bulan lalu meluluskan usul pembatalan kerjasama politik antara PAS-DAP.

Ia kerana serangan tanpa henti DAP terhadap perjuangan PAS dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "