Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Memperingati Peristiwa Hitam MH17 Selepas Genap Setahun...

11 Jul 2015



SEPANG: Kesemua waris-waris mangsa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 dihimpunkan dalam upacara memperingati nahas udara itu di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Bermula jam 10 pagi tadi, ia diadakan secara sederhana dan diisi dengan tayangan video berkaitan peristiwa itu, selain sesi bertafakur.

Kompleks Bunga Raya KLIA itu dipilih kerana ia sebelum ini menjadi lokasi penerimaan jenazah mangsa tragedi MH17 yang diadakan secara berperingkat pada tahun lalu.

MH17 yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine pada 17 Julai 2013 selepas ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah.

Kesemua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 43 warga Malaysia terkorban dalam nahas itu. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "