Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kalau Ikutkan Hati Saya Mahu Pergi Wad Dan Tampar Saja Wanita Kerat Anak Itu - Luahan Doktor

11 Jul 2015
No Comment


Sebelum ini, menjadi isu di media apabila satu kes penemuan mayat seorang bayi yang telah dikerat lapan di dalam tangki najis di Kampung Manggol, Jitra, Kedah.

Ramai netizens melahirkan rasa terkejut dan merah dengan tindakan seorang ibu berumur 31 tahun berkenaan kerana tidak mempunyai sifat keperimanusiaan..

BACA: Ibu Kejam, Kerat Mayat Bayi Dan Buang Dalam Lubang Najis

Menurut Dr Murizah Mohd Zain, doktor yang dipertanggungjawabkan merawat wanita berkenaan telah meluahkan rasa marahnya mengeni kejadian berkenaan.

“Ikutkan hati, saya mahu pergi wad dan tampar saja wanita itu. Tapi atas sikap profesional, saya batalkan niat itu,” katnya yang merupakan Pakar Perunding Perubatan Reproduktif, Jabatan Obstetriks & Ginekologi Hospital Sultanah Bahiyah.

Berdasarkan kenayataan polis bayi berkenaan telah dikerat oleh ibunya menggunakan objek tajam kepada lapan bahagian iaitu kepala, dada hadapan, bahagian belakang, abdomen bawah, kaki kanan dan kiri serta tangan kanan dan kiri.

Suspek yang masih belum berkahwin kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah dan terpkas direman 4 hari di wad kerana mengalami pendarahan pada rahim.

Tambah Dr Murizah, dia tidak boleh membayangkan bagaimana seorang manusia dapat bertindak sekejam itu.

“Apa yang dilakukan wanita itu amat kejam, lebih teruk daripada binatang.

“Tindakan wanita tersebut sudah melampaui batas kebinatangan kerana binatang pun tidak akan melakukan perkara seperti itu ke atas insan yang lahir dari rahimnya.

“Jika betul dia waras ketika melakukannya, maka saya menyeru supaya dia dihukum dengan hukuman berat supaya menjadi pengajaran kepada yang lain,” ujarnya.

Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "