Saintis Dedahkan Berjaya Temui Fosil Ular Berkaki Empat Yang Merupakan Leluhur Ular Yang Ada Sekarang
LONDON: Sekumpulan ahli arkeologi antarabangsa telah mendedahkan mereka telah berjaya menemui fosil haiwan purba iaitu sejenis ular berkaki empat di Brazil yang dianggarkan berusia kira-kira 113 juta tahun.
Pendedahan tentang penemuan itu telah di dedahkan melalui media Britain pada jumaat lalu yang dipercayai merupakan lelulur nenek moyang kepada generasi ular zaman moden.
Gabungan para Saintis dari negara Britain dan Jerman itu mengesahkan ia adalah sejenis makhluk purba yang dikenali sebagai Tetrapodophis amplectus di mana ia telah hidup pada zaman batu iaitu kira-kira 100 hingga 146 juta tahun lalu.
Berdasarkan kajian, spesis purba ini mempunayi banyak persamaan dengan ular sekrang di mana mempunyai hidung pendek, tempurung kepala dan badan yang panjang, bersisik, gigi bertaring dan rahang mudah lentur untuk menelan mangsa besar.
Walaubagaimanapun dikatakan ular ini mempunyai kaki tatapi kaki tersebut tidak digunakan untuk bergerak sebalaiknya hanya untuk emncengkam mangsa.
Selain itu kakinya juga digunakan untuk menggali lubang pada tanah sebagai habitat kediamannya. - Siakapkeli.my